Wednesday, August 17, 2011

adakah ini yang terakhir...???

dah hampir ke fasa ke 3 ramadhan....

pembebasan dari api neraka...

bertanya pada diri?

adakah aku melalui fasa maghfirah dengan penuh ketaatan?? ataukah penuh kemaksiatan?? 

Allah, hinanya...! Malunya...! aibnya...!

aku masih seperti ini,,,

Ya Allah, bantulah aku melaksanakan ketaatan, dengan kudrat dan iradah Mu ya rabbi... peliharalah kami, jgn kau biarkan kami menjadi pengikut hawa Nafsu.... jauhkan kami dari segala keburukan....

sebak...!

ku harapkan ini bukan ramadhan yang terakhir....

izinkan aku mengecapi nikmat ramadhan ini di tahun hadapan... perkenankan doaku Ya Allah.... amiin...

tuhan, dosaku menggunung tinggi, 
tapi rahmatMu melangit luas, 
bila selangkah ku rapat padaMu, 
seribu langkah Kau rapat padaku....

tuhan, walau taubat sering ku mungkir, 
namun keampunan Mu tiada bertepi..... 
Allah...... 

ustaz an pernah pesan... 
"""....'''".....''''dah TAU BUAT, kena pandai TAUBAT.... """""....."""".....""""











Tuesday, August 16, 2011

hidup dan matiku hanyalah untuk -Mu... (-___-)

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah 'ala kulli ni'mah....

perkongsian di waktu yang singkat ini:

tajuk 1- jagalah....

sebagai muslim dan muslimah, terdapat 4 perkara utama yang kita kena jaga...

  1. syariat... (segala hukum yang ditetapka oleh Allah sbg pandan utama dlm hidup). rujuk AQ & ASSUNNAH.... kau takkan sesat selamanya...
  2. akhlak jiwa... (jangan dengki, jangan takbur...!!!)
  3. tauhid....(jgn meletakkan sandaran kpd makhluk, nanti kau akan kecewa....)
  4. ehsan.... (melihat segala yang berlaku adalah dari Allah... kau akan tenang menjalani hidup ini...)
semua ni nasihat khusus buat NORLIYANA ISHAK... umumnya buat sesiapa yang sudi membaca... moga mendapat manfaat...

tajuk 2- ibadah kpd Allah...

cuba renung... dah berapa lama kita solat??? dah berapa waktu solat kita kerjakan??? sudah berapa takbir kita lafazkan??? namun, HANYA BEBERAPA SAAT KITA INGAT KEPADA ALLAH....

Allah... Allah... Allah....

menitis airmata tatkala soalan ini ditujukan, terasa benak ini terhenyak dan luluh jiwa ini...

kata-kata seorang ustz"kita ni hamba yang tak tahu bersyukur..!!!"

Allah,, sekali lagi... :'(

hadirkanlah hati dalam beribadah... Allah, bantulah kami...

Namun, perlu diingat, tujuan kita diciptakan adalah untuk BERIBADAH kpd Nya,,, rasa khusyuk dan lazat beribadah itu merupakan HADIAH dari Nya, berusahalah sebaik mungkin untuk mendptkan hadiah tersebut... cam kita nak menang pertandingan, mestilah kena buat sungguh2 kan??? fikirkan dan bergerak melakukan perubahan... ayuh!!! sekarang....!

tajuk 3-asyik bercinta dengan Allah... (-___-)

em,, cube bygkan org tgh asyik dan angau bercinta... pernah bercinta ke??? em, tepuk dada, tanya iman... setiap gerak geri mesti duk teringat kat org yg dy syg... tgh mkn, senyum,,, tgk handphone, senyum.. tgh membaca, senyum,, lagi parah, tgh tidur pn senyum... ish2, masalah....

jadi, cuba pindahkan cinta kita kepada Allah... kalau kita lalai dlm mengingati Nya, cuba berlatih zikir sebut nama Allah byk kali, pndg @pegang hati kita.... bila dah ingat, semakin ingat bertambah mesra... sehinggalah timbul tahap asyik dgn Allah... kan indah bila setiap saat, kita mencintai Yang Maha Pencinta dan menciptakan cinta... Allah,,, izinkan kami mencintai Mu.... jangan kau hijab hati ini Ya Allah...

jom bercinta dengan Allah... :-)

semoga entry kali ini, membuahkan kecintaan yang mendlm kpd rabbul jaleel khususnya kpd yang menulis dan yang membaca tulisan ini...

"Allah itu lebih dekat daripada urat leher kamu..." 

wallahu a'laam....

Thursday, July 28, 2011

kepenatan yang indah...

alhamdulillah, hampir tamat minggu ke 4 berada di sekolah permatang janggus, penaga....

isnin; 25/7/2011...
minggu depan, hari selasa(2/8/2011) ada majlis sambutan ambang ramadhan...

lama dah fikir nak tubuhkan team qasidah kat sekolah.

mampu ke?

fikir. fikir. dan fikir...

em, mengambil peluang dan keprcayaan yang diberikan oleh GPK koko utk tubuhkan team nasyid, kami pun mengerah kudrat seorang serikandi untuk menubuhkan team qasidah yang terdiri daripada murid2 tahun 5 yang amat 'menenangkan hati...'... huuu... walaupun kamu 'baik sangat', ustzh tetap sayang... (^-^)

hari isnin, seramai 10 org mendftrkan diri...

"xcukup org ni.." em.... cmne ea...

hari selasa, mulalah latihan... nasyid hasbi rabbi, pilih solo, qasidah assalamualaik...
tapi, diorg susah nak dpt rentak assalamualaik... em,, ustzh nye pun berfikir lagi,,,

tukar qasidah la... belek2 buku qasidah. alhamdulillah, qasidah burdah munajat...

ya rabbi bil musthafa, balligh maqosidaanaa, waghfirlana ma madha ya wasi'al karami...

amiin ya rabb...

anak-anak ni mudah mengikut rentak qasidah yang baru, alhamdulillah...

waktu latihan, ustzh p beli kismis dan air botol.... setiap sorang ambil 3 biji kismis, selawat 7x dan makan kismis tu... dengan doa supaya mudah mengingat dan apa yang dibaca meresap ke dalam jiwa anak2 yang bersih dan suci ini...

Ya Allah, kau berkatilah kami, kerana kami berkumpul demi mengingati Mu dan memuji kekasih Mu... kau bukakanlah hati anak2 ini supaya mudah menerima ilmu mu yang sangat luas....

habis latihan, turun tangga dengan alunan qasidah di bibir2 mereka... Ya Allah, indah dan nikmatnya keletihan ini... (^-^)

setiap hari datang sekolah, pertanyaan yang wajib dijawab pada minggu ini " ustazah, bila latihan nasyid...?"...

ustazah pun senyum. senyum. dan senyum.

ustazah jawab, " sabar..." (^-^)

indah. tak terungkap dengan kata-kata....

"ustazah kalu berlatih sampai pukul 8 mlm pun xpe...!"

ustazah pun senyum lagi... (^-^)

xtahu kenapa nak tulis entry ni, cumanya nak bagitahu keletihan ini sangat indah...!

sekian, ilal liqa' wa massalamah...

Thursday, July 21, 2011

manisnya sebuah kegagalan (^-^)

alhamdulillah atas nikmat kurniaanNya, memberi kesmpatan utk mengisi ruang kosong di blog ni...

Pagi td ust harun mai sekolah, tertarik dgn kata2 nya, ''jgn takut gagal, kalu takut gagal, cmana nak perbaiki diri....'' '' yg mslhnya bila lgsg xnk mncuba, smpai bila duk kat situ je, ape pn xdak...''

Emmm,, fikiranku memikirkan ap yang difikirkan benar itu... (ish, pelik2 je...)

Kuatkan iman kita kpd Allah melalui ibadah2 asas. Selalu 'berdialog dengan Allah melalui solat dan munajat. Pinta pada Nya kekuatan. Insan yang paling KUAT ialah insan yang MENGAKU LEMAH dpn Allah....

Sebenarnya, banyak 'pelajaran' yang Allah hendak kita fahami apabila kita gagal. Mungkin kite terlalu angkuh, lalu digagalkan kita supaya kita tawadhuk. Mungkin kita alpa, jadi kegagalan utk mengingatkan kita semula...

Orang yang berjaya, gagal berkali-kali. Org yg kalah, gagal hanya sekali. Justeru, apabila kita mengalami kegagalan, belajar dan ambillah iktibar daripada kegagalan itu. Insyaallah, kegagalan akan menjadi mahar kejayaan....

Selamat mencari redha Allah.... Semoga kita semua dihimpun bersema menuju cinta Nya... Amiin...

Tuesday, June 28, 2011

hati yang syahdu....

hujan lebat..... alhamdulillah... syahdu, sayu, pilu.... hari seolah2 mengerti perasaan ini....

em,,, nak ckp ape ye?? banyak sgt yang terbuku sampai beku dan kaku....

rindu... pada adik2... merenung anak mata mereka dengan penuh kasih sayang, ade bayangan rindu yang mendalam...

sungguh, aku syg kalian kerana Allah... bertemu dan berpisah hanya kerana Nya,,,,

kepada Allah, ku panjatkan doa agar ukhuwah ini berbalutkan redha Nya... dijauhkan dari prasangka,,, dipelihara iman di dada,,, dikuatkan semangat berganda-ganda,, demi Islam yang tercinta... amiin...


k, wassalam....

Friday, April 1, 2011

ubatan hakiki....

Ubatan Hakiki

Allah hu ya Allah ya Allah
Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Dari rasa hati gelisah 
Tenang-tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah

Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yg ada banyak diinfak 
Zikir pula jgnlah putus

Jangan sekali berputus asa 
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan akan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baqa'

Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga

Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yg Esa
Jangan sampai mensyirikanNya
Dengan amalan yang diada-ada

Ubatan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kafarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah...

Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu 
Bangunkan hati penuh yakin 
Sakit dan sihat dari yang Satu
 
 
 
air mata mengalir deras tatkala mendengar lagu ini....

Ya Allah, ampunkan dosaku... kuatkan aku di jalan Mu ini... tiada aku diuji melainkan ini tanda kecintaan Mu terhadapku, hamba yang sentiasa dalam kelalaian dan dosa yang mungkin dilakukan dengan sedar @ tanpa sedar....

terima kasih kepada rombongan adik-adik yang sudi melawat kak yana di bilik...

maaf atas deraian air mata, itu bukanlah menandakan kak yana lemah, cuma kak yana rindu untuk terus berjuang bersama adik-adik, namun kesihatan kurang mengizinkan.... doakan kak yana terus dikurniakan kekuatan, k.yana syg adik-adik, syg sgt....!

terima kasih atas segalanya...

teruskan perjuangan adinda-adinda mujahidah Ad-deen....

sakit dan sihat dari Yang Esa....

rindu kita bertaut kerana SATU AQIDAH, SATU PERJUANGAN, SATU MATLAMAT,,,


teringat doa adik-adik di akhir pertemuan:

"rodhina billahi rabba, wa bil islami dina, wa bi Muhammadin nabiyya wa rasula,,, "

terlalu banyak hikmah atas ujian ini.... syukur pada Mu ya Rabbi...

hamba rindu untuk beribadah dengan penuh taqwa kepadaMu, kurniakan hamba kesempatan untuk menjadi hamba yang MUTTAQIN, kurniakan hamba peluang untuk merasai HALAWATUL IMAN.... amin...


wassalam....


nikmatnya sakit.... (^-^)

alhamdulillah alhamdulillah thumma alhamdulillah....

25 Mac 2011- masuk wad tanpa disangka-sangka...

26 Mac 2011- masih di wad, dengan tahap kesihatan yang belum dapat dipastikan...

27 Mac 2011- doktor ambil darah untuk kali ke 3, sebelum tu dia ade ckp satu kata-kata yang amat mendebarkan jantung ku " awak disyaki TIBI..."... hanya Allah yang tahu, cepat2 istighfar dan baca doa pendinding...

28 Mac 2011- doktor tgk x-ray paru-paru, dia gelakkan kite, die ingat kite bdk sekolah rendah... xpela, sy pn ckpla, "i'm trainee teacher...." huhu... dktr cek pernfsn, dy geleng2 sambil ckp omputih, die kate " she is too young to get pneumonia......" fuh!

29 Mac 2011-dktr cek lg, dy UP kan nebulizer 4 hourly.... go to chest clinic, doing some examination about respiratory system, make one more x-ray for her lung... look for the improvement...

30 Mac 2011- sahabat-sahabat dtg melawat, mendoakan dan menguatkan semangatku untuk terus tabah menghadapi dugaan... ada yang kata, esok boleh balik dah, dalam hati kata "amiiinnnn...." mmg nak balik pun... huuu...

31 Mac 2011- pg yg sgt bahagia, dktr check x-ray kali ke 2, dktr dengar sistem pernafasan, she look more fresh and better today,, the sound of her respiratory system also clear... 5 org dktr berdiri depan mata, sorg dktr cina senyum, dktr india pun senyum, kite pun bls la senyuman.... dktr kata"nak balik la tu...".. mujur ade nurse yg menyokong,"mestilah nak balik..." TQ nurse...ILOVEU!... then, dktr kata, "OK! u boleh discharge hari ni..."... kite pun tersenyum lebar......... dlm hati menjerit "ALHAMDULILLAH......"

begitulah, seminggu di wad 6, katil 23 di Hospital Seberang Jaya, seorang insan bertubuh kecil telah ditahan kerana menghidap penyakit pneumonia(paru-paru berkuman).....

ujian darinya di kala sahabat-sahabat yang lain sedang sibuk berpraktikum, dia berpraktikum di hospital.... bersyukur ats segalanya... Allah Maha Pengasih dan Penyayang....

teringat kata-kata seorang sahabat, Kak Hawa Jamilah bt Hasani:

biar kita tak sehebat orang lain berjuang,
tetapi kita kuat dan tabah menghadapi ujian kesakitan....

syukur, ALLAH pilih Norliyana Ishak untuk diuji... tidur setiap malam bertemankan batuk yang teruk, menyesakkan dada,,, namun, bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas dengan pinjaman nikmat dari Nya.... setiap kali ubat ditelan, pening kepala pun dtg, kdgkala menyebabkan terkeluarnya nasi yang hanya 3 suap dijamah... bersyukur kerana masih mampu untuk makan dan ada makanan untuk dijamah...

terima kasih yang tidak terhingga buat semua sahabat yang membantu semenjak saya mula sakit, sedang sakit, setelah pulang dari hospital dan meneruskan lawatan di wad Ceria 2/1.... doa kalian merupakan penguat semangat saya dan juga keberkatan Baginda nabi S.A.W menjadi asbab pulihnya saya dari kesakitan... saya tidak mampu untuk membalasnya, sy serahkan segalanya pada Rabbul Jalil....

terlalu banyak untuk dikongsi tapi rasa sakit dtg menjenguk lagi memaksa diri utuk berhenti...
semoga kita berjumpa lagi... sekian, terima kasih....